Sunday, June 1, 2008

Makanan dan Box 110


Kulit Tembikai dan sedikit isinya. Biarkan lah di situ. Sebahagiannya di simpan dan dibuang sahaja setelah manusia memakan isinya. Mungkin di makan atau tidak oleh mereka bukanlah masalah, namun kesegarannya ingin dikongsi juga bersama mereka dengan cara mereka. Harapan juga bukan yang lain selain mereka yang menjamahnya. Jika semut datang , dah jadi masalah lain. Sedar tentang itu, sebab pertahanan kuat daripada sang semut hitam, maka beranilah makanan itu di letakkan di perkampungannya.

Selain itu, gabungan habuk kayu, serbuk tahi kambing dan hampas sagu, menghasilkan ternakan yang menyihatkan ternakan.







Dua gambar di atas (dari sini), menunjukkan sebuah kotak plastik yang sama, berwarna biru, dikandungi campuran medium terbaik sebanyak 3KG, dilapis dengan sedikit rumput kering, kulit tebu dan batang pisang yang telah berbulan terendam secara tidak sengaja. Terus sahaja di letakkan di medium. Di isi pula dengan 110 ekor cacing dewasa dari keturunan yang sama. Kiraan yang 100% ketepatannya. Kuit tembikai yang ada, juga di taburkan di dalam kotak itu. Hiraukan 2 keping daun itu. Pada kotak itu, ditebuk kiri, kanan dan dipenutupnya (sudah tentu di bahagian atas).

Kita tengok, apa yang berlaku dalam tempoh sebulan. Simpan di suhu bilik dengan layanan sepatutnya.

No comments: