Selain itu, gabungan habuk kayu, serbuk tahi kambing dan hampas sagu, menghasilkan ternakan yang menyihatkan ternakan.
Kita tengok, apa yang berlaku dalam tempoh sebulan. Simpan di suhu bilik dengan layanan sepatutnya.
Skin Design:
Free Blogger Skins
Sengaja di tulis untuk mendatangkan keseronokan.
Jaring plastik, 4 kaki lebar, dibeli 20 kaki, sekaki RM4.00.
Kayu, biasanya untuk bahagian siling, RM0.35 sekaki, 8 kaki setiap satu. 16 batang di beli.
Gunakan stapler GUN, RM15.00 dan kokotnya, RM5.00.
Gergajikan kayu ikut ukuran dan pasangkan jaring dengan senjata yang dibeli. Buat satu persatu. 1.5 Jam siap, dalam tempoh 3 hari...???
Berikut antara kaedah2, mendirikan rumah cacing atau rak atau bekas penternakan cacing, pilihan yang kedua daripada berpuluh pilihan. Ia sesuai untuk kita, setakat ini. Bisa ditingkat2kan, ditereskan, disemi D kan dan juga di banglokan.
Menggunakan, papan ikat, kayu 1 x 2, tiang 2 x 2 dan juga paku diperlukan. BTM setiap rak dianggarkan 15KG.
Boleh taip atau klik di sini untuk panduan membinanya.
http://docs.google.com/View?docid=df4fk65k_11dzp64hhb
Kalau tiada masa melayannya, order je le rak2 itu...
ps: Ini tiada kaitan dengan rak. http://docs.google.com/Doc?id=df4fk65k_20gxfj5rg7
11 rak disiapkan tukar medium baru 80%, selebihnya ditinggalkan di rak. Tiada pemindahan hidupan di dalamnya, biarkan mereka hidup terus aman di tempatnya, sedang mengawan seperti di gambar pertama di atas. Bahagianya mereka. Vermicasting di asingkan.
Dipindahkan ke ladang baru berdekatan. Tiada masalah. Nampak lebih selesa dengan suasana, persekitaran dan ruang di tempat baru.
Penjualan baja berkualiti telah dilakukan. Harga Promosi pengenalan, RM5 = 2 KG. Sangat berbaloi untuk tanaman kesayangan. Sesiapa juga boleh berminat. Cash and Carry.
Dirujuk daripada Honest Director Privacy Web Pages. Hanya berkaitan dengan Projek Dijalankan.
Dilanjutkan dengan 10KG Cacing dan 300KG medium yang tersedia.
10 Rak baru berjaya disiapkan sehari sebelum, dengan sedikit bakat yg ada di celah2 diri kami.
Rak diisi dengan 27KG Medium (60% Habukan Kayu dan 40% taik kambing (biri2 atau apa2 entah)). Setiap rak di isi dengan kandungan yang sama.
Agak ketidakselesaan nampaknya cacing menerima medium yg kami sediakan,
mungkin disebabkan cacing yg di beli dari sumber yg menggunakan medium agak berbeza. Diyakini menggunakan campuran taik lembu. Jantan dan betina.
Atau ada punca dan sebab lain2 yang belum dikenalpasti.
Untuk 27 hari tiada kerja yang seperti hujung minggu ini.
Terima kasih kepada En. Faizul Imran, En. Umar, Cik Sireen dan tidak lupa Cik Syafiqah kerana bertungkus lumus membantu dan memberi semangat tanpa berbelah2.
Roger.